TEHRAN: Israel mula menerima serangan balas Iran pada malam 13 Jun apabila Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran melancarkan gelombang serangan ke atas wilayah itu.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), serangan itu berlaku beberapa jam selepas rejim Israel, dalam apa yang disifatkan Iran sebagai tindakan pencerobohan tanpa provokasi, menyerang beberapa lokasi di wilayah Iran, termasuk bangunan kediaman.





