Kerinduan pada dunia lakonan televisyen walaupun tidak banyak drama yang sempat dijayakan di Singapura singgah di hati tokoh media asal Singapura, Datuk Khairul Anwar Salleh.
Walaupun selepas 30 tahun berehat daripada dunia lakonan dan menyangka dirinya tidak akan jejakkan kaki lagi di set penggambaran sebagai pelakon, Khairul, 59 tahun, tidak mampu menolak ‘lamaran’ sahabat baiknya, pengarah dan penulis naskhah, Adi...





