Rancangan Encik Fadzuli Wahab, 43 tahun, untuk menghadiri mesyuarat perniagaan pada 23 Jun terpaksa ditunda apabila beliau diberitahu jadual penerbangannya untuk menaiki pesawat Jetstar Asia daripada Singapura ke Kuala Lumpur, Malaysia terpaksa ditukar.
Pengasas bersama ISGN Ventures Pte Ltd itu, yang sepatutnya menaiki pesawat Jetstar Asia pada 7 pagi (23 Jun) diumumkan menerusi e-mel pada 12 Jun bahawa penerbangannya akan...





