Syarikat penerbangan nasional, Singapore Airlines (SIA), dan anak syarikatnya yang menawar tambang rendah, Scoot, akan meningkatkan kekerapan penerbangan ke beberapa destinasi di Asia susulan keputusan Jetstar Asia menamatkan operasinya pada 31 Julai ini.
Jetstar Asia, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang berpangkalan di Singapura, mengendalikan kira-kira 180 perkhidmatan mingguan di Lapangan Terbang Changi dan telah membawa sekitar 2.3 juta penumpang...





