Apakah yang diperlukan untuk memastikan segala operasi berjalan lancar di sebuah taman permainan berprestij seperti Skyline Luge Singapore – terutama apabila anda bertanggungjawab ke atas 65 kakitangan, perlu banyak berjalan di bawah terik matahari, namun tetap menguntum senyuman dan menyapa mesra pelanggan?
Bagi Nur Farhana Abdul Rahim, atau lebih dikenali sebagai ‘Mummy Farah’ dalam kalangan teman-teman dan pekerjanya, itulah rutin...





