IPOH: Polis Malaysia sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas ngeri di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pada awal pagi 9 Jun, yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Video kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ yang tular juga sedang dianalisis untuk mengesahkan kesahihan dan kaitan dengan kes kemalangan...





