Ketua jurulatih Singa, Tsutomu Ogura, telah mencabar anak didiknya agar tidak berhenti berlari, terus mengasak benteng lawan, dan mengawal rentak perlawanan seberapa lama yang mereka mampu apabila menentang tuan rumah Bangladesh dalam pertembungan kelayakan Piala Asia mereka pada 10 Jun.
“Perkara penting bagi saya adalah untuk pastikan kami kekalkan gaya permainan kami seberapa lama yang kami mampu. Itu tumpuan saya...





