PELABUHAN KLANG: Dua mayat terakhir dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan, Klang, Selangor, telah dijumpai menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disambung semula pada 7 pagi, 8 Jun.
Pegawai operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Leftenan Mohd Syafiq Sazali berkata kedua-dua mayat ditemui sekitar 7.45 pagi oleh kapal maritim yang menjalankan rondaan berhampiran Pusat Hidrografi Nasional,...





