Kedutaan Singapura di Washington sedang mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri berhubung arahan Presiden Donald Trump yang melarang warga asing memasuki negara itu untuk melanjutkan pengajian di Universiti Harvard.
Kedutaan Singapura berharap mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa Amerika dalam beberapa hari akan datang, termasuk sama ada terdapat kelewatan dalam pemprosesan visa bagi rakyat Singapura...





