Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengesahkan hubungan kukuh dan stabil yang dijalin antara Singapura dengan Amerika Syarikat susulan beberapa pertemuan peringkat tinggi yang diadakannya di Washington, D.C., namun menarik perhatian terdapat ketidakpastian yang kian meningkat, selari dengan peralihan aturan dunia.
Bercakap dengan media Singapura menerusi Zoom bagi menggulung lawatan beliau ke Washington pada 7 Jun, Dr Balakrishnan berkata sistem...





