ALOR SETAR (Kedah): Jenazah tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang maut dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan selesai dibedah siasat pada Khamis malam dan dibawa pulang untuk pengebumian.
Allahyarham Muhammad Arif Aifan Derani, 19 tahun selesai bedah siasat pada 9.04 malam dan jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Bukit Selambau, Sungai Petani, diikuti...





