MAKKAH: Padang Arafah kembali menjadi saksi kebesaran Islam apabila dibanjiri lautan jemaah haji dari seluruh dunia yang menunaikan kemuncak ibadah haji pada 5 Jun, bersamaan 9 Zulhijah 1446 Hijrah.
Lebih 1.4 juta anggota jemaah mula berkumpul sejak awal subuh di padang yang luas itu yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Makkah untuk menunaikan ibadah wuquf untuk bermunajat, berzikir, membaca Al-Quran...





