Memerhati sekeliling ruang Teater Mediacorp yang dihiasi jambangan bunga berwarna merah jambu muda dan kuning kemerah-merahan di tengah-tengah lautan manusia, ada yang terlopong, bersorak-sorai dan ada juga yang bernyanyi sekuat hati, seperti menyimpan kepiluan yang membebani diri.
Pelbagai reaksi yang terpancar di wajah peminat tatkala melihat penyanyi kesayangan mereka, Ernie Zakri, atau panggilan manjanya, Kak Nini, 32 tahun, yang bagai...





