Apabila Encik Azhar Zainal didapati menghidapi penyakit jantung iskemik (pembuluh darah di jantung tersumbat) dan perlu menjalani pembedahan untuk membukanya semula di Hospital Universiti Nasional (NUH) – beliau menjangkakan perlu menginap di hospital selama beberapa hari.
Namun, dengan program baru – perkhidmatan ‘Same-Day Discharge’ – beliau tidak lagi perlu menginap di hospital dan boleh pulang sejurus selepas prosedur pada hari...





