KUALA KRAI (Kelantan): Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Kelantan, pada pagi 30 Mei.
Dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, pemandu bas ekspres dilaporkan mengalami kecederaan ringan, lapor Berita Harian Malaysia.





