Peratusan pengarah wanita dalam 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Singapura (SGX) meningkat kepada 25.1 peratus pada 2024, berbanding 23.7 peratus pada 2023, menurut edisi terkini Kajian Kepelbagaian Lembaga Pengarah Singapura (Singapore Board Diversity Review).
Pencapaian itu melepasi sasaran 25 peratus yang ditetapkan oleh Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga (CBD) dan dicapai lebih awal daripada sasarannya iaitu akhir 2025.





