Pemain tengah Lion City Sailors, Song Ui-Young, dan penyerang pasukan Thailand BG Pathum, Ikhsan Fandi, disenaraikan dalam pasukan 23 pemain pilihan jurulatih skuad bola sepak nasional, Tsutomu Ogura.
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata dalam satu kenyataan media pada 29 Mei bahawa Song kembali menyertai skuad nasional buat kali pertama sejak aksi kelayakan Piala Dunia Fifa 2026 menentang Korea Selatan...





