Wajah tenang pensyarah, pelakon dan pengacara, Sharon Ismail, bertukar menjadi terkejut apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Telefilem/Antologi pada Pesta Perdana 2025, yang berlangsung di Teater Mediacorp pada 24 Mei.
Beliau yang kadangkala mengimpikan dirinya memiliki klon untuk hadir di kampus Politeknik Ngee Ann dan di mana-mana set penggambaran, agar masa dan tumpuannya diberi sama rata...





