Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, telah melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), bagi mempelajari program kesihatan ibu dan anak di Singapura serta meneroka potensi peluang kerjasama.
Hasil lawatan yang berlangsung pada 27 Mei itu bakal menyaksikan golongan ibu dan keluarga di Pahang meraih manfaat daripada ekosistem lengkap penjagaan, sokongan dan pemerkasaan melalui satu program perintis baru...





