MAKKAH: Persiapan kemudahan dan prasarana untuk jemaah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina kini telah siap lebih 95 peratus hasil kerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan haji, Masyariq Al-Masyiah.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Encik Mohd Hisham Harun, berkata khemah, permaidani, tilam, bantal dan sistem penyaman udara tambahan telah disediakan bagi memastikan keselesaan jemaah, khususnya dalam menghadapi cuaca panas yang agak mencabar...





