Dalam usaha mengangkat dan memartabatkan budaya, seorang guru telah menaja sekumpulan bekas penduduk Pulau Sudong untuk menonton satu tayangan khas filem berjudul Gayong pada 23 Mei lalu — sehari selepas tayangannya di pawagam tempatan.
Cik Asnida Daud, yang merupakan seorang Pakar Kanan Reka Bentuk Media untuk Pembelajaran di Kementerian Pendidikan (MOE), menaja sehingga 50 bekas penduduk pulau tersebut untuk menonton...





