ALOR GAJAH: Hasrat seorang bakal pengantin untuk menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru pada 24 Mei.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa, Encik Mohamad Zahir Tahir, 33 tahun, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan bekerja sebagai tukang pembersihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) di sini,...





