Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, berpendapat istilah ‘hero tua’ tidak sepatutnya wujud dalam kamus perfileman kerana watak utama dalam sesebuah naskhah boleh dijayakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Menyifatkan bakat sebagai anugerah yang tidak lapuk dek zaman, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 58 tahun, meletakkan harapan agar lebih ramai pelakon senior diberi peluang untuk terus...





