Sekitar 50 peserta belia menyertai Dialog Belia BH-Mendaki yang diadakan buat julung kali, anjuran bersama Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki sempena Kempen Raikan Ilmu, pada 23 Mei.
Diadakan di bilik berita BH di Toa Payoh North, dialog tersebut merupakan yang pertama daripada dua sesi yang bertujuan mengupas pandangan dan aspirasi golongan belia mengenai masa depan masyarakat Melayu/Islam.





