Kepimpinan yang diterajui Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad sepanjang tujuh tahun lalu telah memainkan peranan penting dalam membantu mempertingkat masyarakat Melayu/Islam dalam pelbagai aspek, termasuk pendidikan, agama dan kebajikan, kata pemimpin masyarakat.
Bahkan, kepimpinannya juga telah menyatupadukan masyarakat untuk bukan hanya membantu golongan memerlukan di dalam negara, bahkan mereka yang kurang bernasib baik di luar negara, contohnya, sokongan bantuan kemanusiaan...





