JAWA TIMUR: Pasukan penyelamat di Kabupaten Trenggalek, Jawa Timur sedang berlumba dengan masa untuk mencari enam mangsa yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang melanda Kampung Depok pada petang Isnin, 19 Mei.
Keenam-enam mangsa dikenali sebagai Yatini, Nitin, Tulus, Mesinem, Yatemi dan Torik semuanya daripada keluarga yang sama dan dipercayai berada di dalam rumah masing-masing ketika kejadian





