Di arus dunia yang sentiasa berubah pesat dengan arus kemodenan, masih ada insan yang tetap teguh berdiri bersemangat berkongsi ilmu dengan penuh keikhlasan dan kewibawaan.
Salah seorang daripada mereka ialah pendakwah mapan, Ustazah Habsah Senin. Beliau adalah antara tokoh wanita yang telah banyak menabur bakti dan menyantuni masyarakat dengan penuh kelembutan, hikmah dan istiqamah – lebih 30 puluh tahun, khususnya...





