MELAKA: Suami seorang pegawai penjara wanita yang maut digilis lori simen dalam kemalangan tragis di Lebuh SPA pada 16 Mei memaklumkan bahawa isterinya menunjukkan perubahan sikap sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Encik Mohd Izham Rosly berkata dua minggu kebelakangan ini, isterinya, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42 tahun, kerap meminta untuk dicium pada dahinya.





