Kalau ikutkan hati yang masih panas membara mengenangkan perselisihan faham antaranya dengan pengacara asal Singapura, Roslan Shah, memanglah Datuk Ifa Raziah terasa berat menamatkan ‘perang dingin’ mereka selama tujuh tahun.
Bagaimanapun, setelah adik bongsunya, Allahyarhamha Sharifah Norhana Mustapha, meninggal dunia pada November 2024, berdetik di hatinya, “Apakah dengan bermasam muka selamanya dengan Cik Lan (nama pentas Roslan) akan membawa pada...





