Pengendali pelabuhan Singapura, PSA, akan mengambil lebih 2,500 kakitangan pada 2025, yang merangkumi pelbagai peranan seperti operasi pelabuhan barisan hadapan dan sains data untuk menyokong bahagian pertumbuhan dan pengembangan syarikat itu.
Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak bagi menawarkan sehingga 600 biasiswa dan latihan amali untuk golongan muda yang ingin menyertai industri...





