KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang aktif melakukan jenayah samun, kekerasan dan pengedaran dadah ditembak mati dalam Op Api 3, di tempat letak kereta sebuah kondominium di Nilai, Negeri Sembilan, malam 15 Mei.
Kedua-dua suspek berusia 29 tahun dan 40 tahun dikesan di kondominium berkenaan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kontinjen pada 10 malam,...





