MAKKAH: Jemaah haji perlu memanfaatkan platform pandu arah baru, Google Walk, yang berasaskan Google Maps, dalam membantu mengenal pasti laluan pulang ke bangunan penginapan daripada mengelakkan tersasar.
Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji (TH), Mohd. Fahmi Kamarudin, berkata, TH menerusi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Jabatan Haji memperkenalkan platform tersebut untuk kemudahan jemaah.





