Pemerintah akan terus membantu rakyat Singapura yang berdepan isu kos sara hidup selama ia diperlukan, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sambil memberi jaminan bahawa baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bukan sekadar “inisiatif sekali sahaja”.
Beliau berkata demikian semasa pelancaran peruntukan baucar bantuan CDC ketujuh, yang menyaksikan setiap isi rumah rakyat Singapura akan menerima $500 dalam bentuk baucar CDC bermula...





