KAMPAR: Lelaki warga emas yang maut dirempuh lori ketika dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Jeram, pada 9 Mei, sempat menyumbangkan pisang hasil tanaman sendiri kepada jemaah masjid itu.
Anak mangsa, Cik Rohaiza Mazlan, 33 tahun, berkata pisang berangan itu adalah tuaian pertama dari kebun kecil yang diusahakan arwah bapanya, Encik Mazlan Ahmad, 68 tahun,...





