MAKKAH: Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, menekankan kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pembangunan negara menerusi khutbah Jumaat beliau pada 9 Mei.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan, beliau memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), serta taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin serta ulama.





