DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) bersedia menjadi tuan rumah taman bertema Disney pertama di Timur Tengah, dengan pembinaan Disneyland Abu Dhabi disahkan untuk Pulau Yas.
Bagaimanapun, tarikh pembukaan rasmi Disneyland Abu Dhabi ini masih belum didedahkan, lapor laman Arab News. Projek ini adalah kerjasama antara Miral, pemaju hiburan yang berpangkalan di Abu Dhabi, dengan The Walt Disney Company.





