Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) akan memulakan operasi rangkaian sistem tanpa pemandu mulai 2027 bagi mengesan dan memusnahkan periuk api dalam laut, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk memodenkan keupayaan tentera laut dan melindungi laluan laut negara.
Sistem baru itu akan dibekalkan oleh syarikat teknologi dan kejuruteraan tempatan, ST Engineering, yang pada 7 Mei, mengumumkan ia telah dianugerahkan kontrak oleh Kementerian...





