Penyanyi Shima, 56 tahun, tampil bersuara berhubung bayaran royalti yang belum diterima daripada Recording Performers Malaysia Berhad (RPM), sejak mendaftar sebagai ahli pertubuhan pengurusan kolektif industri muzik ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.
Sambil meluahkan perasaan kecewa, penyanyi lagu Teringin itu meminta pihak berkaitan supaya menunaikan janji untuk membantu golongan penyanyi mendapatkan hak mereka.





