JOHOR BAHRU: Sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ‘along’ – yang menyasarkan rakyat Malaysia bekerja di Singapura – tumpas selepas empat anggota sindiketnya ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Johor Bahru.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata dalam operasi dijalankan Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada 17 April, polis menahan tiga...





