Parti Kemajuan Singapura (PSP) akan terus mengetengahkan suara rakyat Singapura dan sedia berkhidmat bagi menegakkan ketelusan, kebebasan dan kebertanggungjawapan, kata ketua parti, Encik Leong Mun Wai.
Dalam satu hantaran Facebook pada 7 Mei, beliau berkata sungguhpun parti itu mencatat keputusan “mengecewakan” dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), ia menerima hakikat tersebut dan akan “berkumpul semula, bermuhasabah dan kembali bertanding dengan...





