KUALA LUMPUR: Datuk Awie mendakwa ada penganjur konsert membuat keuntungan ‘atas angin’ dengan ‘menjual’ slot tempahan premis acara kepada pihak lain dengan harga yang lebih tinggi.
Awie yang mempunyai pengalaman mementaskan beberapa siri konsert terutama untuk kumpulan Wings menyifatkan tindakan tidak beretika itu menyukarkan pihak lain, apatah lagi, premis untuk mementaskan konsert terutama di ibu negara adalah terhad, lapor Berita...





