A. Samad Said, yang diangkat menjadi Sasterawan Negara Malaysia yang keempat, telah dan terus hadir memberi wajah segar dan berseri kepada dunia sastera Melayu moden.
Beliau pernah disebut oleh Dharmawijaya sebagai Ernest Hemingway bagi sastera Melayu. Sekiranya Hemingway terkenal dengan The Old Man and the Sea, Pak Samad mempunyai Salina yang mungkin boleh disebut karya klasik di persada sastera Melayu...





