KUANTAN (Pahang): Polis menahan enam lelaki pada 5 Mei, susulan kematian rakan mereka berusia 62 tahun akibat terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika melakukan aktiviti pemburuan di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Pahang, pada 4 Mei.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mereka yang ditahan itu berusia antara 35 dan 67 tahun.





