KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kenderaan swasta (e-hailing) mendakwa dipaksa menekan butang ‘complete job’ (selesai tugas) sebelum penumpangnya, Datin Seri Pamela Ling Yueh, 42 tahun, dibawa masuk ke dalam satu daripada tiga kenderaan yang memintas mereka berhampiran Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April.
Pemandu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Kok, 55 tahun, berkata kejadian...





