Dengan kemenangan besar sebanyak 81.03 peratus undi, pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Tanjong Pagar, yang diterajui Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, membuktikan kawasan itu adalah kubu kuat PAP.
Pasukan ini menewaskan parti Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR), malahan jurang kemenangan kali ini jauh lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), apabila PAP memperoleh 63.1 peratus undi...





