Walaupun Anggota Parlimen (AP) daripada parti pembangkang tidak mempunyai kuasa untuk menggubal dasar pemerintah, mereka tetap memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perubahan – dengan bertanya soalan, membangkitkan isu dan memberi tekanan agar pemerintah lebih telus.
Itulah pendekatan yang mahu diambil Pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP), Profesor Dr Paul Tambyah, yang juga calon bagi SMC Bukit Panjang dalam Pilihan Raya Umum...





