Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, akan dianugerahkan pengiktirafan berupa ‘Grand Cordon of the Order of the Rising Sun’, yang disampaikan kerajaan Jepun sebagai mengiktiraf sumbangan besar SM Lee dalam mengukuhkan hubungan antara Singapura dengan Jepun.
Kedutaan Jepun di Singapura mengumumkan berita ini di media sosialnya pada 29 April, sambil menyatakan bahawa Encik Lee, yang bergelar Perdana Menteri Singapura, antara...





