Masyarakat Melayu/Islam boleh menjangkakan pelbagai perkembangan penting dalam lima tahun mendatang, hasil sumbangan dan usaha masyarakat sendiri untuk terus membangun dan menjadi sebuah masyarakat gemilang, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Berkongsi dengan Berita Harian (BH) dalam wawancara ‘Sembang’ pada 28 April, Encik Masagos berkata lebih $10 juta telah berjaya dikumpul dan diikrarkan bagi...





