BALING (Kedah): Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Seberang Pekan, di sini musnah dalam kebakaran malam Ahad.
Pasangan suami isteri berusia 73 tahun bersama ahli keluarganya, termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun, dipercayai baru pulang dari Masjid Baling sebelum mendapati rumah mereka terbakar, lapor Berita Harian Malaysia.





