LA GRAND-COMBE (Perancis): Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, menyelar sikap “perkauman dan kebencian” selepas kejadian menikam kejam hingga mati seorang Muslim di sebuah masjid di selatan negara itu.
Pegawai berkata penyerang itu, yang kini diburu polis, telah menikam Encik Aboubakar Cisse, seorang pemuda Mali berusia awal 20-an, berpuluh kali dan kemudian merakamnya dengan telefon bimbit sambil menjerit kata-kata yang menghina...





